Sunday, February 13, 2011

BILA GUITAR BERSUARA


Sekali dipetik talinya maka lahirlah suara yang penuh dengn seribu satu makna. Bukan sekadar menghibur hati dan jiwa sendirian , tp matlamatnya jauh untuk dikongsi bersama dengan teman-teman, pakcik makcik, saudara-mara, awek2~ehem2~ :),budok kecik, syabab mahupun warga mas yang tersayang. Suaranya berada dimana2 hatta di celah-celah debuan yaman ini. Biarlah ia bersuara walaupun ada yang tidak mnyukainya, biarlah ia bersuara walaupun ada yang mengata, biar lah ia bersuara walaupun ada yang terasa asalkan ia terus berusaha mencari redha Tuhannya. Setelah rebah jutaan kali dek nafsu dan syaitan namun akan tetap bangun meredah massa dan hari2 yang mendatang dengan motivasi Taubat dan Istighfar dalam dunia yang penuh dengan Fitnah hari ini.. syarah pada ayat PENA MUSAFIR di atas tu..hehe


Hidup ini pnuh dengan rintangan, ranjau onak dan duri, dosa n noda, sedih dan kasih,cinte dan tangis, ribuan masalah dan jutaan penyelesaian, tawar dan pahit dan macam2 lagi la, korng lebih tau lagi pada aku sebab korng yg lalauinya sendiri..heheh. Setiap insan yang bernama hamba kepada Rabbinya pastikan akan melalui saat2 ini dalam kehidupannya.. hendak ataupun tidak, suke ataupon tidak, mahu tak mahu mesti diredahinya. Cume yang membezaknnya, siapakah hamba yang bejaya melepasi ujian tersebut dengn keimanan,kesabaran dan ketabahan yang diasaskan pada aqidah yang soheh. Siapa yang benar-benar beruseha untuk mencari kebenaran pasti tuan yang mencipta kebenaran itu akan menunjukkan lorong jalannye..
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
(سورة العنكبوت 69)
“Barang siapa yang bersungguh2 pada jalan kami pasti kami akan tunjukkan jalannya dan sesungguhnye Allah bersama Orng-orng yg baik” (al-‘Ankabut: 69)
ثم قال تعالى "والذين جاهدوا فينا" يعني الرسول صلى الله عليه وسلم وأصحابه وأتباعه إلى يوم الدين "لنهدينهم سبلنا" أي لنبصرنهم سبلنا أي طرقنا في الدنيا والآخرة(تفسير ابن كثير)
Benarlah kata-kata Allah yang Maha Agung itu.. tidak ada syak wlaupon sdikit dalam hati kita orng2 yang beriman. Melalui keterangn ayat dari pencipta kebenaran diatas jelaslah kepada kita bahawa kita semua ini mampu untuk berubah sebenarnya. Dari buruk kepada cantik, dari huduh kepada lawar, dari cun kepada comel maka jadi lah kite insan dan hamba Allah yang bertaqwa,soleh, muhsin, dan mushlih. Cume kita sahaja yang belum berusha dengan bersungguh-sungguh sebenarnya mencari dan mnyusuri redha Allah. Janganlah sesekali kite putus asa dengan rahmat Allah yang maha pengampun dan pengasih ini, dan kite jagan lupe juga bahawa Allah itu Maha Keras dan Tegas. Supaya kite selalu berasa Khauf(takut) dan Raja’(berharap) kepada Nya.

Atas dasar itulah kami qasim nasrul faris dan juga muaz. menggerak langkah, menyusun tapak, mengangkat sayap dari Malaysia terbang berhijrah ke Republik Yaman untuk berusaha sungguh-sungguh belajar agama menjadi insan yang berguna kepada dunia ini dan hamba yang berkhidmat untuk Agama yang benar walaupun usia masih muda(lawannya) hihihi . Boleh jadi, sahabat2 lain yang baru ataupun lama datang belajar di Yaman ini atas matlamat visi dan misi yang sama dengan kami. Doakan kami betul-betul berjaya mencapai apa yg kami inginkan. Doa-doa kalian sahajalah yang menjadi teman pembakar semangat kami untuk menempuh liku-liku kehidupan dalam lingkungan ruang dan tempoh masa kami berada disini bagi mencorak diri menjadi Insan soleh.

No comments:

Post a Comment