Tuesday, February 22, 2011

Belajar Dari Sejarah

Alhamdulillah…hari dan saat ini aku tenang menarik nafas yang Allah s.w.t anugerahkan, lega rasanya msih dibenarkan hidup sehingga ke hari ini. Selawat dan salam keatas Nabi mulia Muhammad s.a.w yang telah mengajar kita agama yang benar sehingga kita selamat dari terus tersesat menuju ke neraka dan akan memasuki syurga dengan rahmat Allah s.w.t. Seperti apa yang nabi s.a.w ajarkan kepada kita dengan sabdanya :

عن أبي هريرة - رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -‏ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- : ‏كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إلا مَنْ أَبَى
قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى؟!
 
قَالَ: مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى  (صحيح البخاري
)
“Dari Abi Hurairah r.a berkata: berkata Rasulullah s.a.w: setiap Ummatku akan memasuki syurga kecuali bagi sesiapa yang tidak mahu.. para sahabat bertanya: wahai Rasulullah, siapakah mereka yang tidak mahu itu?.. lalu Rasulullah menjawap: siapa yang mentaatiku pasti akan masuk syurga dan siapa yang mengingkariku maka mereka itulah orang yang tidak mahu”

Bulan februari tahun ini, sekali lagi kita telah dihadapkan dengan sambutan  Valentine day atau hari kekasih pada 14 februari 2011 yang lalu. Boleh dikatakan seluruh dunia meraikannya kecuali mereka-mereka yang faham apakah makna tersirat disebalik sambutan hari tersebut. Tahukah kita dari mana asal-usul hari tersebut, siapakah yang mengasaskannya, untuk apa ia disambut,apakah tujuan dan matlamatnya sehinggakan perayaan atau smbutan ini kekal ke hari ini termasuklah Negara kita yang tercinta, Malaysia. Baik dari golongan remaja belia hinggalah yang dah tua bangka, termasuk jugalah aku dan dua orng sahabat aku ni, masa zaman-zaman jahiliah dululah, sekarang dah datang yaman belajar agama, insyaAllah tak buat dah kerja-kerja bodoh dan sia-sia tu. Kenapa aku katakan menyambut Valentine Day ni termasuk pekara yang bodoh dan sia-sia? Jom kite sama-sama belajar dari sejarah kemunculan hari kekasih ini...




Sejarah ringkas Valentine Day atau Hari Kekasih

Seperti yang kita ketahui, sejarah merupakan guru yang paling baik untuk mengajar kite meredah kehidupan. Tanpa sejarah tidak mungkin bagi dunia untuk maju seperti hari ini kerana dengan sejarahlah kita akan belajar memajukan setiap sudut kehidupan ini, baik dari segi Agama, politik, sosial, budaya dan lain-lain. Sebab itulah dua orng sahabat aku ni tak habis-habis berceloteh merakamkan sejarah dan berkongsi pengalaman kami di yaman ini, siap ada part-part dan season-season lagi tu. Tak lain tak bukan bertujuan untuk kami dan sahabat-sahabat diluar sana belajar dengan sejarah, masam masin, perit derita kami disini. Aku menagajak sahabat-sahabat, khususnya dua orng sahabat aku ni, supaya kita terus tabah menghadapi hari-hari yang mendatang dengan belajar bersungguh2 selama kita berada disini.


Panjang dah aku merapu, tak bercerita lagi berkenaan hari kekasih ni.hehe... Terdapat banyak versi cerita dan mitos  Valentine Day. Menurut salah satu mitos Valentine Day ini, ia disambut kerana mengenang kematian seorang tokoh pada zaman romawi bernama St. Valentinus yang beragama Nasrani (Kristian). Dia merupakan Seorang paderi(ustaz) pada zaman tersebut. Pada suatu hari, nak dijadikan cerita anak perempuan kepada pegawai penjara pada zaman tersebut jatuh sakit. Jadi, St. Valentinus dengan machonya telah mengambil peluang keemasan ini untuk mengubati si anak pegawai pejara tersebut (mentang-mentanglah dia ni paderi, nak buat bijak pulak jadi bomoh..hihi). 


Dengan kesungguhannya, entah serapah apalah yang dibacanya, maka dia telah berjaya menyembuhkan sakit si anak pegawai penjara itu. Dalam diam-diam, ketika tempoh merawat anak gadis pegawai penjara itu, dia dah main cintan pulak dah dengan anak gadis tersebut scara senyap dan terpaksa merahsiakan percintaan mereka kerana pada zaman itu percintaan adalah diharamkan. Tak pasal-pasal mamat ni terjebak dalam perkara yang bersalahan dengan undang-undang kerajaan Romawi. Dipendekkan cerita, percintaan mereka telah terbongkar, kantoi!!..hehe (padan muka). Maka dia telah dihadapkan ke mahkamah dan telah disabitkan kesalahan, seterusnya dihukum gantung sampai mati  oleh kerana si St. Valentinus ini mempertahankan cinta sejatinya itu, ceh! Bajet cerita hindustan kuch-kuch hota hey.. maka tamatlah riwayat seorng tokoh Nasrani ini pada tanggal 14 Februari 270M. 


Bermula dari hari tersebut, rakyat pada ketika itu meraikan kematiannya kerana mengagumi ketabahan dan keikhlasan cinta si St. Valentinus ini. Mereka menjadikan hari tersebut satu upacara keagamaan setiap tahun, sampailah kehari ini. Lebih kurang begitulah sejarah ringkas asal usul sambutan hari kekasih ini. Untuk keterangan lebih lanjut sila layari link-link ini :


Valentine Day Menurut Perspektif Islam

}وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللّهِ إِن يَتَّبِعُونَ إِلاَّ الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلاَّ يَخْرُصُونَ} الأنعام:116
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah 
berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

 عن ابن عمر قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من تشبه بقوم فهو منهم (أبو داود)
 Daripada Ibnu Umar berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu Qaum(agama atau adat) maka dia adalah dikalangan mereka” (Abi Daud)
          
Islam merupakan agama yang syumul. Setiap perkara yang ada dalam kehidupan ini semuanya telah diajar oleh Islam. Manusia akan hilang arah bila tidak kembali kepada pegangan Islam yang sebenar, al-Quran dan Sunnah Rasul. Musuh-musuh Islam setiap hari memikirkan cara dan kaedah untuk menjauhkan ummat Islam dari dua pegangan ini. Mereka tidak pernah putus asa untuk merosakkan aqidah ummat Islam. Dilihat kepada sejarah Valentine Day atau hari kekasih ini, tidak syak lagi ia merupakan perayaan agama Nasrani(kristian), ia adalah salah satu trip, tipu daya, dan muslihat yang dirancang untuk merosakkan aqidah ummat islam. Mereka terus mengiklan dan memperkenalkan sambutan hari tersebut. Ayat al-Quran dan Hadis diatas menjelaskan kita bahawa menyambut perayaan ini akan merosakkan aqidah dan boleh menyebabkan tergelincirnya seseorng itu dari Islam kerana menuruti dan menyerupai amalan dan perayaan agama Nasrani(kristian). Tanpa kita sedari bahawa perkara yang tak disangka-sangka,nampak remeh tetapi telah mengancam aqidah umat Islam.

Bahana

Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai berita gejala sosial yang amat meruncing dikalangan masyarakat Malaysia khusunya dikalangan remaja seperti rogol, zina, buang anak,bunuh secara kejam dan sebagainya. Setiap kali aku membaca surat khabar Malaysia secara online dari sini pasti ada berita-berita yang melibatkan jenayah berat yang melampau-lampau.


Pada Tarikh 14 februari setiap tahun masyarakat melayu yang mendakwa diri mereka sebagai Muslim menyambut hari kekasih. Media massa tempatan samada media cetak atau elektronik membuat hebahan yang meluas tentang hari kekasih ini. Hasilnya, masyarakat tertarik untuk meraikan hari yang penuh dosa dan noda ini terutamanya para remaja yang bercinta. Mereka terus hanyut dibuai mimpi-mimpi indah dialam percintaan songsang sehingga mengetepikan batas-batas Agama dalam hubungan mereka. Kesan daripada pergaulan bebas pasangan kekasih bukan muhrim tanpa batasan dek kerana meraikan hari kekasih ini telah membawa masyarakat melayu Islam malaysia terjerumus kepada kancah maksiat ZINA yang merupakan DOSA BESAR yang telah dilupakan hari ini. Nauzubillahi minzalik.. Ya Allah selamatkanla kami dari semua ini =(. Mereka hanya mengikut sahaja apa yang dilakukan masyarakat luar kerana kejahilan mereka dan mungkin kerana suasana negara yang tidak berapa Islam. Adakah kita ingin menjadi pak turut kepada susana ini atau hanya mengikut situasi ini secara mengkhinzir buta. Sebagai seorang yang mengaji(belajar agama) sepatutnya mengkaji dan menyelidik setiap amalan yang kita lalui dalam kehidupan ini sesuai dengan kehendak al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Berbeza dengan masyarakat disini, Alhamdulillah masyarakat yaman tidak mengenal hari kekasih ini, mungkin kerana keberkatan yang dijamin Rasulullah disini dengan keImanan dan Hikmah menyeliputi bumi anbiya’ ini. Diharapkan kami dapat belajar dengan sebaik mungkin mengutip mutiara ilmu dicelah-celah debu yaman ini dengan ikhlas kerana Allah. Doakan kami....

Beginilah senario masyarakat Islam hari ini dalam menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran. kita sebagi umat Islam di abad ini, mahu ataupun tidak, mesti menghadapi semua ini dengan mempersiapkan diri dengan Ilmu pengetahuan yang meluas seterusnya menterjemahkan ilmu itu untuk Islam. Wallahu a’alam


1 comment: